Sign In
Mobirise Website Builder
YM Mohammad Arif bin Abdul Hadi
Anugerah Pemimpin Muda Belia 2023

Penerima ini memegang pelbagai jawatan bertugas di  Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan merupakan seorang pemimpin muda yang telah berbakti kepada pergerakan beruniform yang dianggotainya sejak di bangku sekolah sehingga sekarang. Sepanjang keanggotaan beliau dalam Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, beliau telah memegang pelbagai jawatan di peringkat Pesuruhjaya dan sekarang beliau merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap serta pada masa yang sama turut memegang jawatan Pesuruhjaya Program Belia. Antara kejayaan yang pernah beliau laksanakan adalah apabila beliau berjaya memimpin keahlian beliau untuk menganjurkan program bertaraf ASEAN, iaitu 1st ASEAN Rover Moot Brunei Darussalam pada tahun 2018. Atas jasa, keaktifan dan kecemerlangan beliau dalam persekutuan ini, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan baik dari dalam mahupun luar negara seperti Pingat Jasa Kebaktian Pengakap, Pingat Jasa Cemerlang Pengakap, Anugerah Baden Powell, Member Association of Top Achiver Scout, Asia Pacific Region, Anugerah Manik Kayu dan Anugerah Pingat Peringatan 100 Tahun Berpengakap di Sarawak. Di sepanjang penglibatan beliau dalam bidang Pengakap sejak tahun 2001, beliau telah memimpin seramai lebih seribu orang golongan belia dan kanak-kanak.

Attachments